Program: Nadwah Kepimpinan_SRA Seksyen 3, Shah Alam
Venue: Sg Congkak
Hari pertama (5/Mac/2005)
0130pm (Mahalla Safiyya)
Mane plak bebudak ni? Jam satu dah lepas tapi budak2 ni tak sampai lagi. Sape? Heh, Kak seha dan Ezrin. Kami kuar dari UIA jam 1.40 kot. Naik keta kawan Kak Seha ke stesen LRT.
0230pm (Stesen LRT-Bandar Tasik Selatan)
First time aku sampai ke sini. Terjumpa dgn Mala, sahabat sekolah rendah. Alhamdulillah, sedikit bualan, bercerita ttg kehidupan memasing. Walau sekampung, kami hanya berjumpa kat Kota metropolitan ni..hehe.
0330pm (Kereta-ke UluLangat)
On the way to Sg Congkak. Jalan sesak plak dah. Tetiba mual giler. Dalam keta, kami cuba bualkan semula ttg modul. Heh, Alang tak berhenti mengusik. Gaduh ngan Ezrin, adik akademi yg aku sayang. Ummi tergelak je. Ummi? Ibu kami di sini, pengganti mak yang jauh di Melaka. Masa kat tempat tuisyen Alang td, aku tetiba je sebak (teringatkan mak, jauh dari pemerhatian dia. Jauh dai UIA ni. Untuk sebentar tanggungjawab dan tugasan) heh! Nak pergi program, terasa macam sedang memegang tugas penting, berdebar pun ada. Sabar hati..
0510pm
Semua fasi dah tiba. Kali ni aku akan bersama dengan 2 je kawan Akademi, sape lagi kalo bukan Elias dan Ezrin. 2 lagi fasi UIA iaitu Kak Seha dan Kamil. Mereka ni mmg terlatih gak. Tetiba Ummi pun kena jadi fasi..hehe. Bebudak ramai ,mana bleh kami berlima je. Last-last, ada 8 fasi semuanya(anak guru besar pon join kami..hehe).
Skang tgh minum petang. Alang briefing kami ttg tugasan. Program kali ni tak memerlukan kami menguruskan segala. Kami akan membantu cikgu je. So, komunikasi antara kami memang penting lah. Faedahnya banyak pada masa kami yang takkan terlalu padat. Alhamdulillah,actually kami semua pun tgh banyak keja kat UIA. Aku tau, semua org tengah sibuk, datang program ni pun mesti dalam keadaan letih. So, mmg rezeki kamilah tak kena kawalselia penuh.
Adik-adik tak sampai lagi. Kami check in bilik dan seusai solat Asar, aku gegas ke pintu masuk camp. Bersedia kalau ada pape yang bakal terjadi (cewah! cam pegawai penyiasat plak..heh!) Ok gak camp ni. Masih baru dengarnya. First time sampai Sg Congkak. Hari Jumaat tak ramai orang. Actually, aku tak tau apa status Sg Congkak ni, khas utk camping dan program je atau jadi tempat orang ramai berkelah dan mandi-manda. Nantilah aku cek..apepun,nyaman sekarang ni..hehe.
0605pm
Adik-adik sedang minum. Heh, ada lagi yang kenal aku. Yelah, aku pernah buat program ngan depa masa kat Morib tahun lepas. Pasni ada ape ye??
0915pm (Dewan)
Baru je habis solat Isya' dan skang nak buat Group formation. Pas Maghrib tadi dah makan, aku lepak ngan Kamil..hehe.
1033pm
Minum malam. Bagi kumpulan tadi, kami buat cara biasa je. No game or else. Aku dalam kump 3 (saje pilih no feveret aku..hehe) Kumpulan Masyita (tema nama group based on nama tokoh Islam) Adik-adik nampak nakal. Yeah, aku cuba adapt. Fasi lain nampak dah 'hangin'..hehe. Sabar beb!
12.00am
Tengah bersedia nak buat post mortem.
0130am
Prepare night walk
0200am
Subhanallah. Indah nian suasana malam ni. Semakin fajar mampir, banyak pula bebintang di langit Tuhan. Actually, aku dah mula 'hangin' dah ni. Adik-adik tak dengar cakap. Ermm..aku mungkin gertak je lebih, kesian je nak marah-marah adik-adik tu. Kena jaga checkpoint ngan anak pengetua. Wrapped up nite walk ngan adik-adik dan hantar mereka tido semula. Wargghhh! Nape bebudak ni bising?? Hm..nature pon bebudak..aku cuba faham dan aku kan faham. Hikmah mana cakap kat adik-adik ni ek? Erk..ada khemah robohlah cikgu..heh!
0400am
Sleep. Tak berkesempatan nak mandi.Letih.
Hari Kedua (6/Mac/2005)
0700am(Sungai)
Waaa..bebudak dah bersenam. Aku terjaga jam 7, lompat katil terus solat. Then, siap ke dataran. Malu gell..(nak-nak kat Kamil. Aku ingat dia tido lagi, tgh conduct senaman plak tu) Aku kena prepare utk forum kejap lagi. Moderator, hem! Takdelah keja lain..hehe. Jadi MC, moderator dan semuanya aku. Oklah tu, tgh belajar kan? Ni lah masa nak belajar semua keja2 dlm program. Hampeh, aku tak bawa baju yg formal. Tibai Tshirt Akademi je..hehe.
0210pm
Alhamdulillah, tadi aku berjaya kemudi forum dengan baik. Tak cuak mana, cuma nya aku mmg try abis nak tekel bebudak (biasalah, org tua pon mmg tak dapat nak bagi perhatian yg lama, paling khusyuk pon 45 masa pertama) Sepanjang forum, aku tak abis puji Elias..hehe. Mungkin itu yg aku nak dia tahu, dia layak utk pujian tu. Rajin dan komitednya aku lahirkan dalam forum. Walau sering 'telagah' berdua, aku hormatkan pengurusan, rajin dan paras tanggungjawab dia..ehehe.
Aku kat Dewan ni, tgh tunggu Ustaz Azlan 'basuh' adik-adik. [Bleh tipu sume orang kecuali Tuhan dan diri sendiri] Hem..buat aku fikir-fikirkan.
0300pm
Waaa..waa... Apsal lah aku dapat lagu yg susah untuk Malam Bintang?? Bagi aku ok je, tapi budak2 tu mana biasa. Tak terfikir nak tukar lagu dan aku teruskan je. 'Penat' gak nak mengajar, kena nyanyi betul-betul lagu Sahabat dari Amar ni. Adik-dik SRA Shah Alam ni cerdik-cerdik belaka, cepat pick up (ehehe..cepat gak lupe.Masa pun bukannye cukup utk praktis ilmu baru kan sayang?) Well, itu yg mampu depa usahakan. Teringat zaman gemilang dgn team nasyid Munshi..heh!
0500pm
Dok bincang ttg persembahan fasi dan recall kami utk program sambil minum-minum...hehe!
0630pm
Warghh! Baru je terjaga dari lena. Habislah aku. Nikmat tido yg hanya aku, Ezrin dan Kak Seha je dapat. Aku terus solat Asar dan makan. Siap kena perli ngan 'orang yg ramai'..hehe. Cammane bleh terbabas gaknye. Adik-adik dah siap berendam dalam kolam pun. Cett! Malu ngan sume orang..dan aku tetap selamba ayam..heh! Syahid ye Kamil?? kui kui:P
0900pm
Cam biasa, aku kena handle judges utk pertandingan malam ni. Bebudak buat persembahan,ok lah gak. Kali ni,pengacaraan tak cam biasa. Selalunya kami (fasi) akan menyelit sesekali utk menghiburkan adik-adik. Tapi at the end, aku masuk gak kacau Ezrin, jadi makcik jual eskrim..hehe.
1030pm
Ek eleh, Kamil ngan Elias kantoi. Tu ar, awat hangpa tak set lagu tu betul-betul..kui kui. Tapi bebudak tu nampak enjoy. Then, kami dari team fasi buat persembahan. Hehe..'director yg pening' Menjadi gak persembahan kami. Sampai abis persembahan, kami dah diajuk semula ngan bebudak ni..cet! Ler, cikgu-cikgu pun dok ngajuk same..hehe. Memang meriah. Budak Gebu?? Thihihi
1115pm
Minum malam. Prepare recall.
Hari ketiga (7/3/2005)
0430am
Recall.
0545am
Recall td tak gempak cam selalu ar. Mungkin ni first time buat lepas tido. Tapi, takpelah. Kita belajar dari pengalaman. Tak selalu kejayaan datang kan? Mana perginya feel aku??
0620am
Seusai solat. Dengar tazkeera ni. Ngantuk giler...aicehh!
0740am
Aku di sini, tepi swimming pool camp. Bebudak dah mula bagi salam..bagus! Ada yg tanyekan 'eskrim'..hehe. Pandai usik Along ye sayang. Nak gi minumlah. [Sempat mengarang puisi]
0920am
Start jungle trekking. Td aku layan bebudak dlm mass. Hah, main org buta mencari selipar. keh keh..best betul.
1000am
Dah 5 minit sampai ke checkpoint. Peh, laluan agak sukar sebab hutan banyak semak. Bila pakai cermin mata, lagi lah susah nak melihat secara keseluruhan kaw hutan tu. Ape pon, Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat.
1015am
Aku kena judge karangan. Adik-adik ajak aku mandi sekali. Memula malas tapi last-last aku ngan Ezrin join terjun dalam sungai. Enjoy giler. Kamil ngan Elias pun lepak sekali ngan bebudak tu.
0200pm
Majlis penutup. Terharu dapat penghargaan dari segala aspek. Mekasih pada Ummi dan pihak sekolah. Pengetua dan cikgu-cikgu memang sporting. Bergambar kenangan.
0400pm
Kami dah bersedia nak pulang.Ummi ngan Alang hantar kot..
0630pm
Aku kat cc. Heh, penat tak mengajar aku lewa dari komputer. Giler betul..hehe. Aku tengah mendobi baju lah. Hem..sekadar bersenggang dgn internet, melayan blog dan kiriman berita dari teman-teman.
0300am
Baru nak tido. Sok kelas jam 9. Bye..
p/s: Untuk program ni, aku tak bape nak punya sepenuh hati, apsal hah? Aku dah transfer hati tu pada sesiapa kah? ehehe..salam!
No comments:
Post a Comment